Syawal 1430, 2009 - bahagian 1

Raya tahun ni dan beberapa tahun kebelakangan ini tidak begitu ditunggu... Ia sekadar gembira pada hari raya pertama kerana berjaya melaksanakan ibadah puasa pada 1 syawal... Itupun tak berapa gembira juga sebab rasanya tidak benar-benar mengimarahkan Ramadhan... entahkan jumpa entahkan tidak Ramadhan tahun depan... Sudah lepas, apa lagi mahu disesalkan...


Kami beraya di Sawah Raja, Rembau. Kampung emak. Mulanya teringin nak membakar lemang, tapi dah baliknya lewat, import je lemang dari rumah Maklang. Buka makan ayam organik masak lemak... sedap! Lepas isyak, Emak masak rendang ayam untuk esok.


Paginya solat raya di Masjid Sawah Raja. Imam khutbah tiba-tiba sebut H1N1. :-) Lepas tu emak ziarah kubur arwah atuk - utk bersihkan kubur.. Tiada masa khusus, bacaaan khusus atau bacaan Quran atas kubur... itu anjuran Islam setahu saya... Cuma masa ni dipilih sebab masa tu free dan balik kampung...



ini adam dan ummi adam masa lepas habis solat raya... adam, iman dan amal melukis dan mewarna di belakang... sengaja kamipilih saf belakang sebab ada anak kecik..


ini adik instant adam.. moga Allah berkati keluarga Adam yang sudi menjagakan dan mengasuh zuriat orang lain dan melayan mereka dengan sangat baik sekali...

lembu masuk rumah.. keeeejarrr!! haa ada pak uda berani lah korang...


kemudian check ada ayam lagi tak untuk dimasak nanti..

2 comments:

sya said...

hehe, imam tu cerita apa tentang H1N1?
kali ni tak pergi solat sunat aidilfitri, takut darwisy mengganggu jemaah pulak kang.. papa darwisy je la yang pegi.. huhu

Unknown said...

pencegahan H1N1.
Tunggu darwisy besar sikit. 2-3 tahun gitu ok kot sya.

Post a Comment