Anak Ibarat Kain Putih


Rumahku Syurgaku
Munsyid : Aura
http://liriknasyid.com


Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Didiklah kami mengenal Allah
Tuhan yang Maha Esa
Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Bimbinglah kami mengenal syurga
Dosa dan pahala

Rumahku syurgaku
Pohon tempatku berteduh
Berkat naungan kasih sayangmu
Ayah juga ibu

Sejuk hati ibu
Tenang jiwa ayah
Mendengar suara-suara anak soleh-solehah
Disini tempat lahirku
Asal-usulku sejak dari kecil

Disini ku di besarkan sehingga dewasa
Mengenal segala
Ku dibelai dan ku di manja
Dengan limpahan rasa cinta

Walau pahit, susah dan payah
Ibu dan ayah
Pengorbanan tak terhingga
Membina istana indah
Kami rasa bangga
Dengan jasa bakti kau curahkan
Kami berdoa
Agar bahagia kekal selamanya
Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Didiklah kami mengenal allah
Tuhan yang maha esa
Hiasilah isi rumahmu
Dengan solat dan ilmu
Baca muqaddam dan al quran
Cerita cerita teladan
Rumahku syurgaku
Pohon tempatku berteduh
Berkat naungan kasih sayangmu
Ayah juga ibu
Sejuk hati ibu
Tenang jiawa ayah
Mendengar suara suara
Anak soleh solehah
Rumahku oh syurgaku
Selamat dunia dan akhirat
Rumahku syurgaku...


Sumber http://nasyid.com

sibuk konon

sibuk baca nota.. tu sebab tak update blog!
lagipun tak de orang baca, jadi tak kesah la... muehehe




ABC ni sodap!
tak lupa ucap terima kasih kat tukang buat sebab dia buat ABC yang berharga RM3.50 dengan cantik sekali.





sengaja digelapkan untuk melindungi urat :P



gambar di save dgn diturunkan kualiti JPEG 60% patut la semacam
@ Putrajaya

Tak kira

Hasrisa, nak hadiah!!

Mangsa Buli - Amal Jadi Spongebob

spongebob2 by you.

Amal Amani.
Masa ni umur 2 tahun.

Umminya potong paper bag untuk buatkan permainan untuk Amal. Jalan-jalan cinta alam (reuse) dan kedekut jimatkan duit beli permainan. Apapun, Amal seronok juga dibuli :-)


spongebob by you.

Ni entry daripada karipapsayur @ mommy Qastalani

MANGSA BULI CONTEST

*Ini adalah entry sticky mode*
Untuk entry baru sila kerja jari telunjuk lebih sikit.
Scroll lagi kebawah


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Source: Wikipedia Bahasa Melayu

Siapa yang gagah? Siapa yang lemah? Kamu, kamu, dan KAMU! Ye, KAMUU! Tunjukkan kehebatan kamu membuli anak-anak kecil. Kekekeke. Walopun kita sayang mereka tapi itu tidak membendung perasaan untuk buli mereka!!!

Haku ingin mencari 2 pemenang! Untuk menerima

1 pemenang – Miniature Anna Sui Night of Fancy

1 pemenang – Miniature Anna Sui Live Your Dream!

Iyyeee!! 2 pemenang! Cupp.. Apakah itu Anna Suwei? Google sendiri okay! Nanti len-lenkali haku tepek photo.

How to win MINI cik Anna Sui nih??

1. Kamu mesti ada blog ! (Harap maaf geng-geng facebook yek)

2. Kamu mesti menetap di Malaysia. Harap maaf geng-geng foreigner obersea, kamu tidak layak (Jikalau kamu faham Bahasa Melayu ini)

3. Jadi FOLLOWER MoMMy Qastalani ini. Bole cari di side bar kiri (Keji tau main paksa-paksa gini!)

4. Tepek MoMMy Qastalani dalam Blog List kamu (Kamu memang kejiiii ! PAKSA! TERSEKSA!)

5. Copy-paste banner budak penyepit tersebut ke sidebar blog masing-masing dengan tajuk “MANGSA BULI CONTEST” dan link ke entry ini (kamu terrer kan?)

6. Letak hanya 1 photo mangsa kejadian (Hanya 1 yang terbaik! Kalo banyak2 pening juri!)

7. Oh ye, mangsa yang layak dipertandingkan adalah newborn baby sehingga seusia 7 tahun!

8. Hanya 1 penyertaan untuk 1 mangsa! (Kalau ada 9 orang anak, layak pertandingkan kesembilan mereka! Tapi dengan syarat; photo mangsa mestilah ketika umurnya bawah 7 tahun)

9. Kalo ada anak saudara, adik kakak di bawah 7 tahun juga bole dipertandingan

10. Nyatakan Nama Mangsa dan Umurnya ketika itu

11. Karang special entry tentang kejadian buli tersebut. Then, hebahkan tentang "MANGSA BULI CONTEST" dengan link terus ke entry contest ini.

12. Bila dah siap, sila comment dalam entry ini dan tinggalkan url post kamu itu. Nyatakan sekali Nama dan Email Add kamu. Kalo x tinggal url terus ke post kamu, disqualified ye. (X larat eden nak jelajah setiap entry satu persatu utk cari entry sebenar)


Tarikh Mati (dead line) adalah pada
19 October 2009 jam 9 am.

Iman Menang - Chef Harapan


Contest mana yang nampak paling sedap.
Iman jadi Chef Harapan hehehe
Silalah ke little-gugugaga jika mahu beli baju anak-anak ya...


Syawal 1430, 2009 - bahagian 2

mood cerita raya dah habis pulak.


ini gambar paling saya suka.

1/5 daripada yang biasa.

biskut paling unik. hanya tengok. tak sanggu makan :-)

Syawal 1430, 2009 - bahagian 1

Raya tahun ni dan beberapa tahun kebelakangan ini tidak begitu ditunggu... Ia sekadar gembira pada hari raya pertama kerana berjaya melaksanakan ibadah puasa pada 1 syawal... Itupun tak berapa gembira juga sebab rasanya tidak benar-benar mengimarahkan Ramadhan... entahkan jumpa entahkan tidak Ramadhan tahun depan... Sudah lepas, apa lagi mahu disesalkan...


Kami beraya di Sawah Raja, Rembau. Kampung emak. Mulanya teringin nak membakar lemang, tapi dah baliknya lewat, import je lemang dari rumah Maklang. Buka makan ayam organik masak lemak... sedap! Lepas isyak, Emak masak rendang ayam untuk esok.


Paginya solat raya di Masjid Sawah Raja. Imam khutbah tiba-tiba sebut H1N1. :-) Lepas tu emak ziarah kubur arwah atuk - utk bersihkan kubur.. Tiada masa khusus, bacaaan khusus atau bacaan Quran atas kubur... itu anjuran Islam setahu saya... Cuma masa ni dipilih sebab masa tu free dan balik kampung...



ini adam dan ummi adam masa lepas habis solat raya... adam, iman dan amal melukis dan mewarna di belakang... sengaja kamipilih saf belakang sebab ada anak kecik..


ini adik instant adam.. moga Allah berkati keluarga Adam yang sudi menjagakan dan mengasuh zuriat orang lain dan melayan mereka dengan sangat baik sekali...

lembu masuk rumah.. keeeejarrr!! haa ada pak uda berani lah korang...


kemudian check ada ayam lagi tak untuk dimasak nanti..

Nur Fatin Nabila


Fatin rajin budaknya... Sangat boleh diharap menjaga adiknya... Semoga Fatin berjaya dan cemerlang dalam hidupnya.

gambar asal

tutorial oleh imran abdul ghafar di sifoo.com
saya ubahsuai sikit..
terima kasih.

Ulat dan Labah-labah

August 2009, lukisan Iman semakin menjadi... warnanya juga semakin kemas.. dan semakin sabar juga dalam menyudahkan lukisannya... oh ya, sesungut ulat juga sudah ada..




Adakah lukisan di atas dinamakan lukisan naive seperti yang dilukis oleh Pak Yusof Gajah?

Peluk

Jika anak memberontak, menangis tak ingat, peluklah dia.
Dia mahukan perhatian dan kasih-sayang.

Adam Nasir - Efek Drawing


desaturate > high pass > levels > overlay > cutout > noise > motion blur > sharpen
tambah sendiri > high saturation

Amal - Efek Komik


level > film grain > duplicate > color halftone (pixelate) > font digital strip

Ini Darwisy, anak syayassir


Darwisy ini anak yang suka tersenyum.
Kata sya, biasanya dia pastikan sebaik sahaja Darwisy bangun tidur, anak ini melihat ibunya sedang tersenyum padanya.

Puisi itu terjemahan daripada puisi Khalil Gibran. Maaf tak pasti siapa penterjemahnya.

Dan seorang perempuan yang menggendong bayi dalam dakapan dadanya berkata, Bicaralah pada kami perihal Anak.

Dan dia berkata:
Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu
Mereka adalah anak-anak kehidupan yang rindu akan dirinya sendiri
Mereka dilahirkan melalui engkau tapi bukan darimu
Meskipun mereka ada bersamamu tapi mereka bukan milikmu

Pada mereka engkau dapat memberikan cintamu, tapi bukan fikiranmu
Kerana mereka memiliki fikiran mereka sendiri
Engkau bisa merumahkan tubuh-tubuh mereka, tapi bukan jiwa mereka
Kerana jiwa-jiwa itu tinggal di rumah hari esok, yang tak pernah dapat engkau kunjungi meskipun dalam mimpi
Engkau bisa menjadi seperti mereka, tapi jangan cuba menjadikan mereka sepertimu
Kerana hidup tidak berjalan mundur dan tidak pula berada di masa lalu

Engkau adalah busur-busur tempat anakmu menjadi anak-anak panah yang hidup diluncurkan
Sang pemanah telah membidik arah keabadian, dan ia merenggangkanmu dengan kekuatannya, sehingga anak-anak panah itu dapat meluncur dengan cepat dan jauh.
Jadikanlah tarikan tangan sang pemanah itu sebagai kegembiraan
Sebab ketika ia mencintai anak-anak panah yang terbang, maka ia juga mencintai busur teguh yang telah meluncurkannya dengan sepenuh kekuatan.


(Dari ‘Cinta, Keindahan, Kesunyian’)

Lukisan Iman - Sept 2008

Masa ni Iman 3 tahun 8 bulan.




Di Sini Kisah Coklatku Bermula - Amal Makan Coklat



Ini Amal, lepas makan coklat. Comel tak saya? (kata Amal)

Mari kita pilih coklat yang halal untuk keluarga kita.


Tahniah kepada Tasneem kerana menyahut seruan fardhu kifayah ini. Semoga Allah berkati usaha cik puan :-D

Contest anjuran puan sitisifir - terima kasih, saya suka blog puan sitisifir ;-)

Contest 'Di Sini Kisah Coklatku Bermula'


Semoga maju jaya perniagaan Tasneem...

Saya suka!

Ini selingan... satu lagi gambar budak comot. :-P Nampak tak rambut dia? *malu*

Mandi-manda

Anak kecil biasanya sukakan air. Kalau kita berjalan dengan dia, terlihat lopak, cepat-cepatlah lencongkan arah jalan anda. Kalau tak, kemungkinan besar anda terpaksa balik rumah tukar seluar/ kain.

Amal naik turtle wonderpets di kolam mandi. Tengok mukanya sedikit cuak.


Ini pula Iman. Bukan main seronok dia. Belakang pak uda dan adik (Amal)
gambar bawah dengan efek photoshop. duplicate layer > gaussion blur > overlay


Adam - submarine tengah meninjau lokasi. :-)

Sebenarnya hajat hati nak masuk contest kakyong. Tapi tak berkesempatan.

Contest: Nasi Ayam Elmo

"Ummi, kakak nak buat elmo!"
Kalau buku dinilai daripada kulitnya. Makanan pula dinilai daripada hiasannya. Anak-anak pasti setuju. Buktinya, Iman kerap menghias makanan dalam pinggannya.


Itu tangan Iman, empat tahun setengah. Dia buat sendiri tau...

Kali pertama ni masuk contest blog.
Jika anda mahu join, silakan ke blog miszmama
Contest ini ditaja oleh busana-lovelyshop2u

Amal dan Mak nie di Zoo Negara


Mak Nie dan Amal

Iman - Potret


Iman - photoshop

Iman Main Buaian - Tasik Permaisuri


Semasa gathering susuibu.

Main Kotak Nandos

Pa bo (Spongebob) :-)
Permainan murah.

Mari Tengok Gambar

Mari kita tengok gambar Iman dan Amal.
Gambar yang dilukis, juga ditangkap.